Followers

Adakah anda betul-betul menCINTAi dia..?

6:30 PM / Scored by fairul afif / goal (7)


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi....

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Taken

1:58 AM / Scored by fairul afif / goal (2)


25th march 2009.
aku tengok wayang lagi.
murah la kate kan.
aku isa and atiq.
cite Taken.
best giler dowh.
bek korang gi tengok
cite pasal sorang mamat yang menyelamatkan anak die dari diculik oleh sindiket pelacuran.
cara hero gaduh memang cun(name pown hero kan).
aku bagi 4 setengah bintang kat cite neh.
tapi yang aku kecewa sket,rupenyer dalam laptop aku ade dah cite neh.
adoi membazir gak walopon tiket murah.

liverpool vs aston villa

11:30 PM / Scored by fairul afif / goal (0)



menang lagi.
hahaha.
seronok giler aku semalam.
menang besar 5-0.
hatrick gerrard,kuyt and reira.
liverpool nampaknya semakin mengganas.
3 game last score 13-1.
againts real madrid, manchester united and aston villa
hahaha.
harap2 bole menang liga musim neh.
1 point behind manchester united.
aku rase neh la skuad terbaik yang benitez penah ade.

City Of Ember

6:40 AM / Scored by fairul afif / goal (3)



18 march 2009
aku pegi tngk wayang ngan isa,atiq and sorang lagi budak mental.
bagi aku citer neh agak best walaupown agak karut.
banyak bende yang aku tak faham sebab cite neh tak tunjuk apa yang aku nak tahu.
so bile abis cite aku pown cam tertanya-tanya.
tapi watak pmpn dlm cite neh(name pmpn neh aku tak ingt),muka dier mcm fernando torres(kalo korang perasan la).
korang boleh tngk sendri dlm gmbr tu sebijik ke tak..hehe..
k lah tak tau nak tulis ape dah.
korang g la tngk cite neh.
best gak la.
3 star kot.

The Art Of Subconscious Illusion

5:26 AM / Scored by fairul afif / goal (2)


huh...
akhirnya berjaya gak aku tukar template blog neh...
walaupon tak lawa sangat,tpi boleh la....
tapi tak tau ade orang nak tngk ke tak kan...
cam still tak tau nk tulis ape kt blog...

No Surprises

1:51 AM / Scored by fairul afif / goal (0)


1st post aku
tak tau nk tulis ape
baru belajar nak buat blog
so ni je lah....