Followers

Formula 1: menarik tapi potong

4:10 PM / Scored by fairul afif /



5 april 2009, aku pegi sepang tengok F1. Aku pegi neh pun sebab ayah aku blanje. Aku,ayah aku and mak aku. Kesian kat abang aku tak dapat pegi sebab terlambat bagi nama. Hahaha padan muka.

Aku grak g sepang dalam kol 11 dari hotel ayah aku. Sampai sana dalam pukul 12.30 cam tu la
dengan serabut cari parking(nasib dtng awal). 1st time kan nak tengok F1. Sian aku,umur 22 tahun baru dapat pegi tengok

Sampai je trus aku g mall area dekat-dekat ngan parking kete ayah aku. konon-konon nak membeli-belah la, tapi aku beli gak, beli ear plug. Takut aku pekak lak nanti kalo tak pakai.

Aku masuk litar dalam pukul 2, masuk-masuk je gp2 ngah wat pit lane open. Pastu gp2 lumba. boring, ayah aku siap bole tertido lagi, tapi aku still tengok. Menarik tapi tak cukup laju, bising je lebih. Diorang lumba dalam hujan, tapi hujan tak lebat sangat, dalam 22 lap gak diorang pusing. pastu habis aku tak tau sapa menang.

dalam kol 3.30 lak, ade lumba lagi, tapi bmw series lak. Adoi, kereta macam F1 tapi buruk giler. Ade dalam 13 kereta, main 10 lap je kalo tak silap aku. Bunyi bising seperti biasa dan tak laju lansung. setakat kena langgar tu mati gak la.

Adus lambat lagi F1 nak start. Dalam pukul 4.30 baru pelumba sampai and naik bas keliling litar, konon-konon mesra layan peminat. Pukul 5 baru start lumba. Yang ni baru menarik sikit, laju gile sampai aku tak tau nak tengok kereta mana, tapi aku mesti tengok suma kereta. Dalam pukul 6 lebih sikit aku rasa, hujan lak turun, tapi race still jalan. Time hujan ni la yang best, besepah-sepah kereta terbabas, memang seronok sorak, hehehe. Sauber Petronas punya kereta siap terbakar lagi. Tapi hujan makin lebat. Lepas banyak sangat terbabas, race berhenti dalam 32 or 33 lap, aku tak sure mana 1. Aku pun tunggu la, ingat sambung race, rupenye tak sambung sebab hari dah gelap dan hujan lebat. Alasan taknak sambung sebab taknak membahayakan pemandu(kerja korang tu memang dah bahaya kot). Pastu aku pun terus balik, tak tengok pun juara naik podium.

POTONG